Mari Bercakap Di Sini

Archive for February 2011

kepada mereka yang bertanya..=)

~~~~~Beberapa hari kebelakangan ini,saya kerap kali diajukan dengan pertanyaan 'Apa MPPUSM lakukan sepanjang berkhidmat sebagai wakil mahasiswa?' Apabila saya menceritakan tentang program-program pembinaan modal insan yang kami usahakan seperti CONVEX( fokus kepada MDG) , NRIC,Kempen Bebas Monoksida. Kempen Tangisan Jiwa dan yang terbaru 'OH ASPIRASI GADISKU'
di samping isu-isu yang telah kami selesaikan, saya terus disoal 'mengapa tidak melibatkan masyarakat luar' dah hanya fokus pada mahasiswa.Jika diteliti sedalam-dalamnya,program-program kami turut sama memberi impak kepada masyrakat luar misalnya Kempen Tangisan Jiwa dan tak lupa program bercorak kesukarelawan seperti memberi bantuan kepada mangsa banjir di Perlis dan Kedah.Usaha kita yang terbaru pula adalah untuk membantu sahabat-sahabat yang menjadi mangsa banjir di Johor.

Namun,saya kira adalah amat penting untuk turut merangka program untuk mahasiswa USM.Mengapa?.Jawapan saya cukup mudah.Mengapa mahasiswa yang menjadi kumpulan sasaran kami dalam merangka pelbagai bentuk program.
hayati lah..=)

Hasrat untuk Berubah

ketika aku masih muda dan bebas berkhayal,
aku bermimpi ingin mengubah dunia

seiring dengan bertambahnya usia dan kearifanku,
kudapati bahwa dunia tidak kunjung berubah.

maka cita-cita itu pun agak kupersempit,
lalu kuputuskan hanya mengubah negeriku,
namun tampaknya, hasrat itu pun tiada hasilnya.

ketika usiaku semakin senja,
dengan semangatku yang masih tersisa,
kuputuskan untuk mengubah keluargaku,
orang-orang yang paling dekat denganku.

tetapi celakanya, mereka pun tidak mau diubah,
dan kini…
sementara aku berbaring saat ajal menjelang,
tiba-tiba kusadari:
“andaikan yang pertama-tama kuubah adalah diriku,
maka dengan menjadikan diriku sebagai panutan,
mungkin akan bisa mengubah keluargaku.
lalu berkat inspirasi dan dorongan mereka,
bisa jadi aku pun mampu memperbaiki negeriku;
kemudian siapa tahu,
aku bahkan bisa mengubah dunia”.


(Puisi yang terukir di sebuah makam di Westminster, tahun 1100 M)

Sebelum kita bermimpi untuk mengubah dunia,apa yang penting adalah kita meningkatkan potensi diri.~~~~~

Ini merupakan tulisan daripada Saudari Sara Ayuni, salah seorang Exco MPP USM 2009/2010. Bersama-sama kita menilai sendiri perjuangan mereka yang tanpa mengira penat dan lelah. Tapi sayangnya, banyak dari kita terus-terusan mengutuk mereka. Ambil masa seketika, dan nilailah. Pentingnya, mereka tidak perlu melakukan demonstrasi untuk menzahirkan perjuangan mereka. Perjuangan mereka menggunakan akal dan fikiran bukan keganasan.

DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR

SYABAS MPP USM


Inilah hasil perjuangan sebenar MPP. Inilah yang kita mahukan. Perbincangan secara aman di dalam sebuah bilik yang berhawa dingin dan mengumpulkan kesemua pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Sains Malaysia.

Namun usaha ini tetap mendapat kritikan terutamanya daripada pihak ProMahasiswa. Ada sahaja cacat dan cela yang sengaja diperhatikan. Sehinggakan isu pemilihan usul pun mahu menyalahkan MPP. Pimpinan MPP kita mahukan perbincangan secara damai, tapi tahukah anda apa yang sentiasa diingini oleh pakatan ProMahasiswa? Mereka mahukan Demonstrasi, Tunjuk Perasaan dan segala jenis perjuangan yang menjurus ke arah pemberontakan dan keganasan. Itulah muka sebenar mereka. Pernahkah kita mendengar MPP kita melakukan kacau sekadar untuk mendapatkan  perhatian? TIDAK PERNAH.

Apa yang MPP kita usahakan untuk mendapat sedikit perhatian pengurusan. Ya, melalui perjuangan aman dan bijak seperti Dewan Perundingan Pelajar. Ya, itulah MPP USM. Itulah MPP yang diterajui oleh mereka yang mempunyai semangat ASPIRASI Universiti.

Maka pengundi, pilihlah calon MPP dengan bijak.

Tahniah MPP

Tahniah kepada MPP USM atas kejayaan gemilang anda sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai wakil kepada semua pelajar Universiti Sains Malaysia. Pimpinan sebegini yang kita mahukan. Tahniah...


Jika anda juga bersetuju dengan saya, sebarkanlah apa yang telah MPP lakukan. Bukannya mengeji atau mencerca mereka. Hanya mereka yang rapat sahaja mengetahui jerih perih mereka sepanjang bergelar MPP. Tahniah saudara-saudaraku sekalian.

Sedih Dengan Perucapan Calon ProMahasiswa

Mari kita mengimbau kembali kenangan silam. Pemilihan MPP 2009, ketika Saudara Shafiq Aziz dan rakan-rakan bertanding untuk Pilihan Raya Kampus. Saya sebenarnya sedih. Terlalu sedih. Betapa selama ini kita mengangkat kedudukan dan status seorang mahasiswa, tetapi ada beberapa calon yang telah menyamakan kita dengan haiwan, merendahkan keintelektualan kita, menyampaikan fakta palsu dan sebagainya. Ucapan dangkal calon tersebut masih lagi terngiang-ngiang di telinga sehingga kini. Sedih. Sungguh sedih.

Calon tersebut telah menyamakan kita, mahasiswa dengan LEMBU. Ya, beliau dengan lantang dan beraninya menyamakan mahasiswa dengan LEMBU. Mana letaknya keTUHANan dalam diri mereka sehingga menyamakan manusia dan juga seorang mahasiswa sebagai LEMBU. Siapa dia yang berani itu. Hanya calon ProMahasiswa sahaja yang berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Dalam mereka bersungguh mengangkat keangungan MAHASISWA, dalam diam mereka mencerca tahap keintelektualan kita. Siapa sebenarnya yang kita mahukan menjadi pemimpin kita. Seorang yang tanpa sega silu mencerca kita atau bersama memperjuangkan keintelektualan seorang mahasiswa.

Ada juga yang kononnya mengatakan, mahasiswa sekarang umpama layang-layang yang terputus tali. Apakah maksud disebalik bidalan tersebut? Terlalu lemah justifikasi mereka. Bercakap berdasarkan bidalan tanpa mengeluarkan sepatah fakta. Inikah MPP yang ingin kita hasilkan.

Jika mampu bercakap mengenai fakta sekalipun, banyak pelencongan yang mereka bagi. Kononnya kita membayar yuran dan yuran tersebut disalurkan ke projek-projek pembangunan Universiti. Maka secara tidak langsung mereka telah menjadikan hujah MPP mengenai perjuangan mereka untuk projek-projek pembangunan di Uniersiti sebagai VOID. Tapi, betulkah sebegitu? Sedarkah kita, bahawa kita membayar kurang daripada suku pun jumlah yuran yang sepatutnya dibayar. Tanpa tuntutan dan desakan MPP, projek-projek pembangunan tersebut pun tidak akan mampu berjalan. Kenapa mereka menafikan hasil kerja orang lain semata-mata untuk menunjukkan kebaikan diri mereka yang belum pun terbukti. Kenapa? Mereka (ProMahasiswa) memang terdesak.

Hujah di Rapat Umum terlalu lemah, bagaimana mereka mampu untuk menerajui tampuk pimpinan MPP? Bagaimana? Kami panel penulis blog ini pun berasa sangsi. Bukan kami anti mereka, tapi kebolehan mereka tidak pernah terbukti. Jika diberi kesempatan untuk mebuktikan diri sekalipun, ternyata mereka terlalu lemah. Pemilihan MPP hanya setahun sekali, maka buatlah pilihan yang bijak.

Inilah sebahagian daripada calon-calon yang mengecewakan, dua tahun yang lepas. . .





Jangan sesekali kita terpengaruh dengan pujukan dan kempen palsu mereka. Bersama kita memilih calon yang betul-betul layak. Tinggalkan PROMAHASISWA.

RESPON TERHADAP TUNTUTAN PRO-MAHASISWA NASIONAL TERHADAP PILIHAN RAYA KAMPUS 2011

Bila YDP MPP USM bersuara. Berikut merupakan artikel yang ditaip sendiri oleh Saudara Ahmad Wafi Bin Sahedan. . .

"Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh Pro-Mahasiswa Nasional  pada tarikh 28hb Januari 2011 kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan dengan 8 tuntutan mereka terhadap Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011, saya melihat ia sebagai satu permainan politik murahan yang cuba dilaung-laungkan  oleh pihak pembangkang ini. Permainan ini boleh diibaratkan umpama “lagu lama penyanyi baru”.

Tuntutan-tuntutan mereka ini tidak ubah seperti mencetuskan polemik dalam politik kampus walhal tuntutan-tuntutan yang dikemukan oleh mereka ini  sebenarnya menunjukkan siapa diri mereka sebenar. Tuntutan pertama mereka adalah berkaitan ‘ Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik kepartian’. Saya tersenyum apabila melihat tuntutan pertama ini kerana mengingatkan saya terus pada Hari Konvokesyen di Universitit Malaya (UM). Pro-Mahasiswa Universiti Malaya pada waktu tersebut bersama-sama seorang Ahli Parlimen di kawasan Lembah Pantai membuat kecoh dengan membawa budaya politik luar ke dalam kampus pada waktu tersebut. Jadi,siapa sebenarnya yang menimbulkan isu tentang cengkaman politik kepartian dan kemudian menjadi jaguh untuk memperjuangkan isu tersebut.

Tuntutan kedua pula berkaitan tentang ‘Kembalikan semula demokrasi dan kebajikan mahasiswa di seluruh kampus’. Saya melihat dalam tuntutan ini terdapat 2 intipati yang penting iaitu pertama ialah berkaitan dengan kembalikan semula demokrasi di seluruh kampus.Saya berpendapat bahawa perkara ini sepatutnya tidak timbul kerana Pilihan Raya Kampus (PRK) yang telah diadakan sejak sekian lama ini adalah lambang demokrasi di kampus.Setiap mahasiswa ada hak untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan dan jangan hanya disebabkan calon-calon Pro-Mahasiswa tidak dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, terus kita katakan tidak ada demokrasi dalam kampus.

Kedua, berkaitan dengan kebajikan mahasiswa di kampus. Saya ingin terangkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh kampus telah berusaha untuk memastikan bahawa kebajikan mahasiswa di kampus terjamin. Saya ingin menarik perhatian di sini, kenapa di segelintir universiti, terdapat 2 Majlis Perwakilan Pelajar yang wujud?Satu adalah Majlis Perwakilan Pelajar yang sah dan lagi satu dikenali sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa Pro-Mahasiswa. Saya melihat ini adalah satu fenomena yang tidak sihat daripada pihak Pro-Mahasiswa sendiri.

‘Pusat Pengundian harus ditukar dari kolej ke fakulti’ adalah tuntutan ketiga oleh pihak Pro-Mahasiswa Nasional.Secara asasnya saya melihat rasional yang dilakukan oleh pentadbiran universiti dengan meletakkan pusat pengundian di kolej kediaman adalah untuk memudahkan mahasiswa/I untuk turun mengundi berbanding diletakkan di fakulti.Hal ini kerana jarak yang jauh antara kolej kediaman dan juga fakulti ini jugakadang-kadang  menyebakan mahasiswa/I akan berasa berat untuk turun mengundi di fakulti berbanding di kolej kediaman.


Tuntutan keempat adalah berkaitan dengan ‘Suruhanjaya bebas memantau perjalanan pilihan raya kampus’. Saya melihat perkara ini adalah tidak perlu untuk kita melantik sebuah suruhanjaya bebas bagi memantau perjalanan pilihan raya kampus di semua kampus. Sudah memadai dengan adanya suruhanjaya pilihan raya kampus. Saya melihat jika kemenangan itu tidak dimiliki oleh Pro-Mahasiswa,maka kecohlah satu negara dengan mengatakan pihak universiti itu zalim dan tidak telus walhal jika mereka pula yang menang, mereka tidak pula berkata apa-apa.Maka susahlah begitu untuk kita adakan pilihan raya kampus.

Tuntutan kelima mereka pula ialah ‘ Memansuhkan sistem e-voting’ di universiti-universiti yang sedang menggunakan sistem ini. Saya teringat Pilihan Raya Kampus yang lepas di Universiti Malaya, di mana Pro-Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan bantahan terhadap Pilihan Raya Kampus lepas di mana mereka mengatakan system e-voting yang digunakan oleh pihak pentadbiran universiti adalah tidak telus.Kemudian mereka membawa masuk suruhanjaya bebas untuk memeriksa integriti sistem tersebut. Keputusannya, suruhanjaya itu mengatakan tidak ada apa-apa masalah dengan sistem e-voting yang digunakan oleh pihak universiti.

‘Tarikh pilihan raya kampus diumumkan lebih awal’ sepatutnya tidak menjadi isu dan dipolitikkan.Hal ini kerana Majlis Perwakilan Pelajar akan dibubarkan  selepas setahun mereka berkhidmat dan notis akan dinaikkan dalan kampus beserta tarikh pilihan raya kampus.Saya tidak nampak ini sebagai satu masalah tetapi ia seperti dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Tuntutan ketujuh yang dikemukan oleh pihak Pro-Mahasiswa  ialah ‘Tempoh berkempen dipanjangkan selama satu minggu’. Tuntutan ini  adalah tidak berasas kerana kempen selama seminggu ini adalah terlalu lama dan juga akan memberikan impak negatif kepada mahasiswa/I di kampus. Hal ini kerana kita perlu memikirkan tentang kuliah dan kelas yang masih dijalankan waktu pilihan raya kampus.Kita tidak mahu kempen selama tujuh hari bekerja ini menyebabkan kebanyakkan mahasiswa/I tidak berasa selesa  dengan keadaan ini.Pada hemat saya, biarlah tempoh kempen paling maksimum adalah 4 hari kerana kempen yang terlalu lama juga tidak akan memberikan faedah kepada mahasiswa/I di kampus.

‘Berikan cuti pada hari penamaan calon dan pembuangan undi’ ialah tuntutan terakhir daripada Pro-Mahasiswa. Saya tidak bersetuju dengan tuntutan ini atas 2 sebab.Pertama, jika cuti ini diberikan ,maka ia akan akan menganggu perjalanan kalender akademik yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.Hal ini akan memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di fakulti-fakulti. Sebab kedua ialah adakah wujud jaminan yang mahasiswa/I akan turun mengundi jika mereka diberikan cuti pada hari penamaan calon dan hari pembuangan undi?Sesetengah mahasiswa akan lebih memilih untuk keluar dari kampus dan melakukan aktiviti berbanding untuk turun mengundi.


Saya melihat memorandum yang dihantar oleh pihak Pro-Mahasiswa Nasional ini lebih hanya pada retorik walhal merekalah yang mencabul dan mempolitikkan isu-isu dalam kampus dan juga negara. Jangan kita membawa masuk budaya politik luar ke dalam kampus,biarlah kita sebagai mahasiswa terus berpegang kepada kaedah,diplomasi, realistik,rasional dan toleransi tanpa dipengaruhi  oleh unsur emosi kerana kaedah yang digunakan ini pastinya mempunyai kekuatan tersendiri."

AHMAD WAFI BIN SAHEDAN

Bebel Lagi

Hai Uolssss...

kalau uols perasan la kan, blog nih dari first post sampai la post ke sudah, macam2 cara penulisan kan.. haa, ape maksudnya, hish uols ni, lampi laaa.. harus la blog nih ditulis oleh orang2 yang pelbagai. perlu ker mak nak explen lebih2 uolsss.... Tujuan dia, supaya segala isi dalam blog nih dapat diterima oleh pelbagai lapisan. harusss... Kalau tulis over ilmiah mcm penulis pertama tuh, haaa sah2 la manusia berjiwa huuhaa macam kita tak baca kan uolsss... Okeylah anak ikan mak sekalian, kali nih mak nak bebel tentang satu benda la sikit...

Haaa, kepada anak2 ikan kuh sekalian, tau tak beberapa moment nan silam kita ada dengar tentang piket Pro-Mahasiswa Nasional 2011. Hih, over la uols cuurr sampai tak tau perkembangan semasa. Hih, haruusss laaa Pro-M sibuk nak berkempen uolsss... election kan da dekat dah noks. Harus la hanj-hanj nih suma sibuk mencari publisiti murahan uolsss. Dengarnye pergi piket kat depan bangunan KPT... PIKET okeyh uolsss.. Bukan Phuket... Over sangat, pergi la bercuti keee, menenun kaen keee, ni pergi berpiket. Hih... (kalau la penulis pertama dan kedua dan yang lain-lain baca, harus mampos aku kena bantai sebab guna bahasa macam nih, Hihihi, ampun yaaa)...

Dengarnyeee, ada 8 tuntutan dalam memorandum dorang. Susah okeyh, sampai 8 benda dorang mintak. Kalau dok lepak kedai nasik kandar pun mintak 2 benda jah, teh Ais dan Roti Kosong, nih ada LAPAN benda uolsss, LLAAPPPPAAANNN (sambil jerit-jerit). Meleps sangat.

Uols tau tak, benda pertama yang dorang nih mintak adalah: BEBASKAN MAHASISWA DARIPADA CENGKAMAN POLITIK LUAR

owh owh owh (sila baca sambil belakang tapak tangan kanan kat dahi dan tangan kiri kibas-kibas telinga kiri). Uolsss meleps sangat dorang nih. Cengakaman macam mana yang dorang nak bebaskan. Hih.. Uolss tau tak (jap jap nih post Gossip tau, tunggu abang rambut ketak kita pi menerjah headquarters Pro-M nih kumpul bukti) sebenar2nya depa nih puuunnn yang sebenarnya bersama dengan Cengakaman tersebut. Meleps, ingat mak tak tau. Nasib mak xda bukti lagi uolsss, kalau ada, hah, sah sah mak tempek kat sini. Hah ape lagi spy2 mak sekalian pergi la menggali. Hih, depa saja la tuh nak tuduh MPP kita nih terlibat ngan politik kat luar. Tolong laaa, mana dia bukti kata MPP terlibat? Mana dia mana dia? Sian MPP kita turun naik turun naik ofis KPT tuh sepanjang sidang tapi sikit pun tak kecoh, alih alih Pro-M mai2 datang nak kata dorang membuat piket uolsss... jangan nak verangan laaaa...

Hih, anti aku... Maka itu, marilah kita sama2 kita pilih calon MPP yang betul2 buat kerja keyh uolsss. Jangan jadi macam depa. Time PRK mcm2 la dorg cakap, dah menang atas majoriti yang sangat kecik, meeting pun tak pergi. Alih2 pergi buat part time. Meleps uolsss...

Hih, letih la mak nak bebel nih. Ni bacaan ringan jah uolss, nanti penulis2 main datang baru dorang bagi kaw kaw. Tugas mak nak bagi hiburan jah kat blog nih. Over tak... Mai la selalu singgah keyh.. Melepsssss... Hehehe

Chantek ke muke korang nih? Hih... MPP dah lama dah berjuang untuk student, tibe2 time nak election naek la muka2 nih.. Hih....

Khidmat Murni TAPI...

PPMS Dulu, Kini dan Selamanya.
Kemudian, PPSL terus berkhidmat tanpa mengharapkan balasan.

PPMS ataupun PPSL merupakan sekumpulan pelajar senior yang mempunyai semangat membantu yang terlalu tinggi. Komitmen dan bakti yang mereka tabur terlalu banyak untuk dibalas. Memang benar mereka mendapat elaun, tetapi berapa ringgit sahajalah jika mahu dibandingkan dengan segala penat lelah mereka. Tidak setimpal segala imbuhan, ganjaran, jaket, baju dan segala yang mereka terima. Berkhidmat selama 24 jam, 7 hari seminggu tanpa mengira sakit demam batuk. Habis sahaja minggu suai kenal, bukan sahaja pelajar baru yang sibuk menerjah Pusat Sejahtera atau klinik panel USM, pelajar senior yang bergelar PPSL ini turut sama memeriahkan hari-hari sibuk para nurse dan doktor.

Namun celakanya jika khidmat murni ini telah diHANJINGkan oleh sesetengah pihak. Bercakap secara terus dan terang dari mulut bangsat PROMAHASISWA. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi jutaan kali PPSL dikatakan umpama ANJING yang menyalak bukit BHEPP. Alangkahnya BABInya perasaan bila mereka ini berkhidmat tanpa memikirkan segala balasan tapi dihina dicerca. Di mana manner PROMAHASISWA? Kononnya pemilihan PPSL ikut bulu. Sesiapa yang suka carik gaduh di pejabat BHEPP tidak akan dipilih. Celakanya, sesiapa juga di dunia ini yang mahu menerima si kaki gaduh untuk berkerja bersama mereka. Kononnya asal bertudung labuh berkopiah berserban, terus borang mereka akan dikoyak-koyak. Astaghfirullah, ada sahaja kita melihat penudung labuh dan si jejaka berkopiah turut sama bersengkang mata untuk memastikan pendaftaran di desa berjalan lancar. Ada juga kononnya disebabkan mereka ini berjawatan tinggi dalam persatuan maka mereka harus diterima masuk sebagai PPSL. YDP MPP sekalipun perlu menjalani sessi penghantaran borang, temuduga, apa istimewanya mereka ini untuk mendapat tiket khas PPSL. Kerana mereka membatu kempen PKR dan juga PAS maka BHEPP harus butakan mata menerima mereka menjadi PPSL. Jangan MIMPI.
Semasa kursus yang dijalankan, PPSL diterapkan dengan nilai murni dan semangat berpasukan yang tinggi termasuk makan bersama-sama untuk menjaga ukhuwah. Habit ini berterusan sehingga mereka kembali ke kampus. Budaya makan bersama seperti sebuah keluarga sudah menjadi elemen penting dalam PPSL

Di mana-mana juga perbincangan harus dijalankan termasuk lah di kaki lima DTSP

Keakraban ini telah berjaya memikat adik-adik yang baru masuk ke USM dan fenomena keakraban ini jugalah yang telah menyebarkan virus cemburu dalam kalangan PROMAHASISWA

Semangat perpaduan turut diterapkan. Tidak kira engakau melayu, cina, india, bumiputera sabah sarawak, orang asli, orang siam, myanmar, asal kau adalah warganegara Malaysia maka segala perbezaan itu tidak menghalang PPSL bekerja bersama-sama
Terlalu banyak isu yang PROMAHASISWA mainkan dari sekecil-kecil isu PPSL sehingga sebesar-besar isu PRK tidak telus. Malah mereka ini pun sebenarnya seperti tiada kerja mahu dilakukan. Apa taknya, mereka sanggup plak nak stalk YDP MPP. Ke mana mereka pergi, apa mereka buat. Rasanya selepas ini kalau YDP MPP USM nak pergi toilet pun kena jaga-jaga. Kot2 la tiba-tiba PROMAHASISWA pasang kamera. Habes tersebar gambar YDP tengah berak. Mereka memang tiada kerja lain. Hih, itu baru lah HANJING sebenarnya...
Terima Kasih...

p/s: Post kali ini mengandungi bahasa-bahasa yang agak kasar dan kesat. Maafkan penulis jika ada pembaca yang terasa...

Bila PRK Semakin Mendekat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah, permulaan sudah begitu tipikal penulisannya. Semakin kita dekat dengan Pilihanraya Kampus 2011(PRK 2011), bahang dari sesetengah puak juga semakin hangat. Terutamanya dari puak yang menggelarkan diri mereka Pro-Mahasiswa. Saya pun tak faham dengan golongan ini. Kenapa bila hampir sahaja dengan PRK, mulalah puak ini mula menunjukkan diri mereka. Habis dicanang satu Malaysia (ja puuunnn) mengenai apa yang telah mereka buat, tuntutan mereka yang ternyata terlalu dangkal. Tapi jika MPP kita mengumumkan segala pencapaian mereka, dituduh takbur, riak, menunjuk2 dan sebagainya. Sungguh ironi perbuatan mereka.
Boleh BLAH... Sekejap kata guna cara aman melalui perbincangan. Pastu pergi pulak buat perhimpunan haram. Cara berkempen pun mereka masih tidak punyai pendirian tetap. Jangan MIMPI nak menerajui tampuk pimpinan MPP. Ko bungkus la sepanduk dan banner ko tuh, duduk dalam bilik jah.
Baru-baru ini, kita dikejutkan lagi dengan kenaikan harga barang. Waahh, dah la kenaikan bermula 1 Februari, habis la nanti isu ini digunakan untuk sesi rapat umum yang entah bila akan berlaku. Konon mahu memperjuangkan kebajikan mahasiswa, tapi kebajikan minyak kita, tak terfikir ke? Bukan kah petroleum semakin depleting di seluruh dunia. Penghasilan petroleum memakan masa berjuta-juta tahun, tapi baru naik 10 sen mula nak menyalahkan kerajaan dan tak ketinggalan pimpinan MPP. Mana letaknya PEMIKIRAN MAHASISWA yang mereka agung2kan? MANA MANA? Tercicir ketika mereka sibuk membuat perhimpunan haram kotttt....
Minyak naik harga lagi. Weah ko tau tak, harga minyak kat Malaysia adalah kedua terendah selepas Brunei. Ko cuba duduk kat Cambodia, ko rasa la harga minyak yang sangat tak stabil. Kita tak perlukan rakyat yang akan menikam bangsanya sendiri dari belakang. Golongan yang tak tau berterima kasih ni la yang patut kita usir.
Maka itu, blog ini dihasilkan, untuk BENAR BENAR mengangkat keagungan pemikiran mahasiswa kita. Blog ini bukan bercakap kosong, tapi dihidangkan menggunakan fakta yang benar semata-mata. MPP USM telah berjuang bukan semasa Pilihanraya Kampus semata2, tetapi sepanjang tanggungjawab MPP itu mereka galas di atas batu jemala mereka. Malah setelah mereka meletakkan jawatan sekalipun, sokongan mereka terhadap transformasi yang di bawa oleh Tan Sri Naib Canselor masih mereka lakukan. Kami akan memaparkan satu persatu segala bukti yang ingin kami paparkan. Teruskan membaca blog ini... Terima kasih...

Kenyataan Media Pro-Mahasiswa Nasional Mengenai Piket Pro-Mahasiswa Nasional 2011


Piket mahasiswa anjuran Pro-Mahasiswa Nasional di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2011 ini bakal menyaksikan satu lagi tanda aras kebangkitan mahasiswa pada tahun 2011 yang sentiasa cakna terhadap sebarang permasalahan yang melanda kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.
Piket Pro-M Nasional ini juga mengumpulkan beberapa pimpinan mahasiswa dari segenap front mahasiswa di seluruh Malaysia termasuklah dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro-Mahasiswa (Pro-M) dari beberapa kampus di Lembah Klang serta beberapa lagi aktivis mahasiswa dan masyarakat dari seluruh Malaysia.

Kemuncak kepada piket ini ialah Pro-M Nasional akan menghantar satu deligasi yang terdiri daripada beberapa pimpinan mahasiswa untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin.

Antara tuntutan yang terdapat di dalam memorandum tersebut ialah :
  1. Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik luar.
  2. Kembalikan demokrasi & kebajikan mahasiswa.
  3. Pusat pengundian semasa pilihanraya kampus ditukar dari kolej ke fakulti.
  4. Penubuhan suruhanjaya bebas yang akan memantau perjalanan pilihanraya kampus.
  5. Pemansuhan E-Voting.
  6. Tarikh pilihanraya kampus diumumkan lebih awal.
  7. Tempoh berkempen di dalam pilihanraya kampus dipanjangkan.
  8.  Berikan cuti pada hari penamaan calon & pembuangan undi.
Justeru, Pro-M Nasional juga berharap supaya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) khususnya Menteri KPT mengambil perhatian yang serius terhadap beberapa tuntutan Pro-M Nasional yang mewakili sebahagian besar mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia.

Semoga dengan tuntutan-tuntutan tersebut ia akan memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa di setiap kampus dan Pro-M Nasional akan terus mendokong usaha-usaha murni di peringkat KPT mahupun Kerajaan Pusat dalam memastikan mahasiswa di Malaysia mampu membentuk jatidiri dan idealisme yang mapan ke arah perencanaan masa hadapan Negara yang lebih dinamik.


Corat-coret mulut membebel:
Akak tak faham sebenarnya apa yang mereka nak. Mereka kata mereka telah menzahirkan satu lagi tanda aras kebangkitan mahasiswa yang peka terhadap sebarang permasalahan. Apa sebenarnya masalah mereka ni dan apakah masalah yang mereka dapat tangani di kampus-kampus universiti seluruh Malaysia. Tambahan pula, kalau cakna sangat mengenai masalah yang melanda, kenapa hanya bila usia MPP berada di penghujung baru nak laungan kata-kata perjuangan. Kenapa tidak masa-masa lain.

yang ni lagi akak nak bebel ni berkenaan 8 tuntutan dalam memorandum.

1. Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik luar. Motif? Kenyataan ini sebenarnya untu siapa? untuk diri sendiri ke atau untuk orang lain?
2. Kembalikan demokrasi & kebajikan mahasiswa. Demokrasi dan kebajikan yang bagaimana sebenrnya mereka mahukan. Adakah dengan mengikut telunjuk mereka dan mengiyakna kehendak mereka barulah dinamakan demokrasi dan kebajikan terjaga? Kalau betul kebajikan mereka tidak terjaga, tidak akan ada Auku untuk melindungi hak mereka.
3.Pusat pengundian semasa pilihanraya kampus bertukar dari kolej ke fakulti. Ada beza ke tempat mengundi? Tak kesah la nak mengundi bagaimana pun asalkan sistem yang digunakan itu adil. Tak perlu kot sampai nak tukar-tukar tempat. 
4. Penubuhan suruhanjaya bebas yang akan memantau perjalanan pilihanraya. adeh. nape teruk sangat sampai nak nyusahkan orang lain. kalau kita adalah golongan yang terpelajar rasanya kita tidak perlu kot untuk menambahkan tugas dan orang kerana semua itu akan melibatkan kos yang tinggi.
5. Pemansuhan E-Voting. dengan menggunakan sistem ini dapat menjimatkan masa mengira undi dan secara langsung dapat menjimatkan kakitangan pihak universiti daripada bersengkang mata mengira undi kerana esok begitu berharga.
6. Tarikh pilihanraya kampus diumumkan awal.  umum awal ke lambat ke rasanya adil bagi kedua-dua belah pihak. masing-masing juga akan kelam kabut untuk buat persiapan. lagi satu, buat apa nak umumkan awal kalau perkara ini kita dah boleh jangka masanya. kira sahaja lah tempoh perkhidmatan MPP yang akan tamat perkhidmatan. kan?
7. Tempoh berkempen dalam pilihanraya kampus dipanjangkan. Lor. Buat apa nak buat panjang-panjang. buat bazir duit dan masa je. baik masa dan duit tu kamu buat untu belajar
8. Berikan cuti pada hari pada hari penamaan dan pembuangan undi. Motif? supaya lebih ramai yang datang untuk sokong atau lebih ramai yang tarik selimut?

ntah la... akak just bebel je... korg pikir-pikir la sendiri... sbb akak pun kadang-kadang bingung juga dengan kedua-dua pihak ni. Asyik nak menang je... tak penah nak berdamai langsung

Jawatankuasa Usul Dewan Perundingan Pelajar USM Nafi Dipengaruhi

"Minden,29 Jan- Jawatankuasa Usul Dewan Perundingan Pelajar (DPP) Universiti Sains Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa ia telah dipengaruhi oleh pihak tertentu ketika memilih usul yang hendak dibentangkan dalam persidangannya yang lalu.

Menurut Setiausaha DPP,  Bazilah bt Mohd zaki, kesemua usul yang dikumpulkan melalui proses penyaringan yang diadakan di dalam mesyuarat pemilihan usul yang diadakan sehari suntuk  sebelum usul-usul terpilih dan di bawa ke dewan perundingan.

Beliau mengulas dakwaan Khaw Seng Hean dalam blognya semalam. Khaw Seng Hean, penggerak utama pertubuhan tidak berdaftar Student Progresif Front mendakwa bahawa kebanyakan usul yang di bawa oleh wakil Pro-Mahasiswa telah ditolak.

Mengulas kenyataan ini,  Bazilah yang merupakan Setiausaha MPPUSM berkata, terdapat beberapa orang wakil daripada Pro-Mahasiswa  sendiri  yang menganggotai Jawatankuasa Usul. Jesteru adalah tidak masuk akal perkara tersebut boleh berlaku seperti yang didakwa oleh Seng Hean."

Persoalannya sekarang, bagaimana pelajar tersebut boleh mengeluarkan kenyataan seperti berikut sedangkan dia merupakan salah seorang daripada ahli dewan. Mustahil perkara ini boleh terjadi melainkan pelajar tersebut tidak peka atau leka ketika berada di dalam persidangan. Cuba fikirkan, kita telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara melalui platform yang betul tetapi mereka masih lagi mencari kesalahan pihak pentadbiran. Saya percaya pihak pentadbiran telah berusaha untuk membuktikan bahawa mereka telus dalam melaksanakan tugas. Buktinya, persidangan Dewan Perundingan Pelajar ini langsung tiada campur tangan oleh pihak pentadbiran dari segi pemilihan usul, perjalanan persidangan mahu pun hasil yang dicapai. Saya hanya lihat pihak pentadbiran duduk sahaja di dalam dewan dan menjadi pemerhati sahaja. Sekiranya benar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh pelajar tersebut, saya cabar untuk zahirkan bukti dan kita akan nampak siapa yang berada di pihak yang benar. Saya tidak kata pihak pentadbiran ini sentiasa benar tetapi buktikan dahulu bahawa mereka ini sebenarnya tidak benar dari kebenaran.

sekian

Powered by Blogger.