Piket mahasiswa anjuran Pro-Mahasiswa Nasional di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2011 ini bakal menyaksikan satu lagi tanda aras kebangkitan mahasiswa pada tahun 2011 yang sentiasa cakna terhadap sebarang permasalahan yang melanda kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.
Piket Pro-M Nasional ini juga mengumpulkan beberapa pimpinan mahasiswa dari segenap front mahasiswa di seluruh Malaysia termasuklah dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro-Mahasiswa (Pro-M) dari beberapa kampus di Lembah Klang serta beberapa lagi aktivis mahasiswa dan masyarakat dari seluruh Malaysia.

Kemuncak kepada piket ini ialah Pro-M Nasional akan menghantar satu deligasi yang terdiri daripada beberapa pimpinan mahasiswa untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin.

Antara tuntutan yang terdapat di dalam memorandum tersebut ialah :
  1. Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik luar.
  2. Kembalikan demokrasi & kebajikan mahasiswa.
  3. Pusat pengundian semasa pilihanraya kampus ditukar dari kolej ke fakulti.
  4. Penubuhan suruhanjaya bebas yang akan memantau perjalanan pilihanraya kampus.
  5. Pemansuhan E-Voting.
  6. Tarikh pilihanraya kampus diumumkan lebih awal.
  7. Tempoh berkempen di dalam pilihanraya kampus dipanjangkan.
  8.  Berikan cuti pada hari penamaan calon & pembuangan undi.
Justeru, Pro-M Nasional juga berharap supaya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) khususnya Menteri KPT mengambil perhatian yang serius terhadap beberapa tuntutan Pro-M Nasional yang mewakili sebahagian besar mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia.

Semoga dengan tuntutan-tuntutan tersebut ia akan memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa di setiap kampus dan Pro-M Nasional akan terus mendokong usaha-usaha murni di peringkat KPT mahupun Kerajaan Pusat dalam memastikan mahasiswa di Malaysia mampu membentuk jatidiri dan idealisme yang mapan ke arah perencanaan masa hadapan Negara yang lebih dinamik.


Corat-coret mulut membebel:
Akak tak faham sebenarnya apa yang mereka nak. Mereka kata mereka telah menzahirkan satu lagi tanda aras kebangkitan mahasiswa yang peka terhadap sebarang permasalahan. Apa sebenarnya masalah mereka ni dan apakah masalah yang mereka dapat tangani di kampus-kampus universiti seluruh Malaysia. Tambahan pula, kalau cakna sangat mengenai masalah yang melanda, kenapa hanya bila usia MPP berada di penghujung baru nak laungan kata-kata perjuangan. Kenapa tidak masa-masa lain.

yang ni lagi akak nak bebel ni berkenaan 8 tuntutan dalam memorandum.

1. Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik luar. Motif? Kenyataan ini sebenarnya untu siapa? untuk diri sendiri ke atau untuk orang lain?
2. Kembalikan demokrasi & kebajikan mahasiswa. Demokrasi dan kebajikan yang bagaimana sebenrnya mereka mahukan. Adakah dengan mengikut telunjuk mereka dan mengiyakna kehendak mereka barulah dinamakan demokrasi dan kebajikan terjaga? Kalau betul kebajikan mereka tidak terjaga, tidak akan ada Auku untuk melindungi hak mereka.
3.Pusat pengundian semasa pilihanraya kampus bertukar dari kolej ke fakulti. Ada beza ke tempat mengundi? Tak kesah la nak mengundi bagaimana pun asalkan sistem yang digunakan itu adil. Tak perlu kot sampai nak tukar-tukar tempat. 
4. Penubuhan suruhanjaya bebas yang akan memantau perjalanan pilihanraya. adeh. nape teruk sangat sampai nak nyusahkan orang lain. kalau kita adalah golongan yang terpelajar rasanya kita tidak perlu kot untuk menambahkan tugas dan orang kerana semua itu akan melibatkan kos yang tinggi.
5. Pemansuhan E-Voting. dengan menggunakan sistem ini dapat menjimatkan masa mengira undi dan secara langsung dapat menjimatkan kakitangan pihak universiti daripada bersengkang mata mengira undi kerana esok begitu berharga.
6. Tarikh pilihanraya kampus diumumkan awal.  umum awal ke lambat ke rasanya adil bagi kedua-dua belah pihak. masing-masing juga akan kelam kabut untuk buat persiapan. lagi satu, buat apa nak umumkan awal kalau perkara ini kita dah boleh jangka masanya. kira sahaja lah tempoh perkhidmatan MPP yang akan tamat perkhidmatan. kan?
7. Tempoh berkempen dalam pilihanraya kampus dipanjangkan. Lor. Buat apa nak buat panjang-panjang. buat bazir duit dan masa je. baik masa dan duit tu kamu buat untu belajar
8. Berikan cuti pada hari pada hari penamaan dan pembuangan undi. Motif? supaya lebih ramai yang datang untuk sokong atau lebih ramai yang tarik selimut?

ntah la... akak just bebel je... korg pikir-pikir la sendiri... sbb akak pun kadang-kadang bingung juga dengan kedua-dua pihak ni. Asyik nak menang je... tak penah nak berdamai langsung