Mari kita mengimbau kembali kenangan silam. Pemilihan MPP 2009, ketika Saudara Shafiq Aziz dan rakan-rakan bertanding untuk Pilihan Raya Kampus. Saya sebenarnya sedih. Terlalu sedih. Betapa selama ini kita mengangkat kedudukan dan status seorang mahasiswa, tetapi ada beberapa calon yang telah menyamakan kita dengan haiwan, merendahkan keintelektualan kita, menyampaikan fakta palsu dan sebagainya. Ucapan dangkal calon tersebut masih lagi terngiang-ngiang di telinga sehingga kini. Sedih. Sungguh sedih.

Calon tersebut telah menyamakan kita, mahasiswa dengan LEMBU. Ya, beliau dengan lantang dan beraninya menyamakan mahasiswa dengan LEMBU. Mana letaknya keTUHANan dalam diri mereka sehingga menyamakan manusia dan juga seorang mahasiswa sebagai LEMBU. Siapa dia yang berani itu. Hanya calon ProMahasiswa sahaja yang berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Dalam mereka bersungguh mengangkat keangungan MAHASISWA, dalam diam mereka mencerca tahap keintelektualan kita. Siapa sebenarnya yang kita mahukan menjadi pemimpin kita. Seorang yang tanpa sega silu mencerca kita atau bersama memperjuangkan keintelektualan seorang mahasiswa.

Ada juga yang kononnya mengatakan, mahasiswa sekarang umpama layang-layang yang terputus tali. Apakah maksud disebalik bidalan tersebut? Terlalu lemah justifikasi mereka. Bercakap berdasarkan bidalan tanpa mengeluarkan sepatah fakta. Inikah MPP yang ingin kita hasilkan.

Jika mampu bercakap mengenai fakta sekalipun, banyak pelencongan yang mereka bagi. Kononnya kita membayar yuran dan yuran tersebut disalurkan ke projek-projek pembangunan Universiti. Maka secara tidak langsung mereka telah menjadikan hujah MPP mengenai perjuangan mereka untuk projek-projek pembangunan di Uniersiti sebagai VOID. Tapi, betulkah sebegitu? Sedarkah kita, bahawa kita membayar kurang daripada suku pun jumlah yuran yang sepatutnya dibayar. Tanpa tuntutan dan desakan MPP, projek-projek pembangunan tersebut pun tidak akan mampu berjalan. Kenapa mereka menafikan hasil kerja orang lain semata-mata untuk menunjukkan kebaikan diri mereka yang belum pun terbukti. Kenapa? Mereka (ProMahasiswa) memang terdesak.

Hujah di Rapat Umum terlalu lemah, bagaimana mereka mampu untuk menerajui tampuk pimpinan MPP? Bagaimana? Kami panel penulis blog ini pun berasa sangsi. Bukan kami anti mereka, tapi kebolehan mereka tidak pernah terbukti. Jika diberi kesempatan untuk mebuktikan diri sekalipun, ternyata mereka terlalu lemah. Pemilihan MPP hanya setahun sekali, maka buatlah pilihan yang bijak.

Inilah sebahagian daripada calon-calon yang mengecewakan, dua tahun yang lepas. . .





Jangan sesekali kita terpengaruh dengan pujukan dan kempen palsu mereka. Bersama kita memilih calon yang betul-betul layak. Tinggalkan PROMAHASISWA.