"Minden,29 Jan- Jawatankuasa Usul Dewan Perundingan Pelajar (DPP) Universiti Sains Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa ia telah dipengaruhi oleh pihak tertentu ketika memilih usul yang hendak dibentangkan dalam persidangannya yang lalu.

Menurut Setiausaha DPP,  Bazilah bt Mohd zaki, kesemua usul yang dikumpulkan melalui proses penyaringan yang diadakan di dalam mesyuarat pemilihan usul yang diadakan sehari suntuk  sebelum usul-usul terpilih dan di bawa ke dewan perundingan.

Beliau mengulas dakwaan Khaw Seng Hean dalam blognya semalam. Khaw Seng Hean, penggerak utama pertubuhan tidak berdaftar Student Progresif Front mendakwa bahawa kebanyakan usul yang di bawa oleh wakil Pro-Mahasiswa telah ditolak.

Mengulas kenyataan ini,  Bazilah yang merupakan Setiausaha MPPUSM berkata, terdapat beberapa orang wakil daripada Pro-Mahasiswa  sendiri  yang menganggotai Jawatankuasa Usul. Jesteru adalah tidak masuk akal perkara tersebut boleh berlaku seperti yang didakwa oleh Seng Hean."

Persoalannya sekarang, bagaimana pelajar tersebut boleh mengeluarkan kenyataan seperti berikut sedangkan dia merupakan salah seorang daripada ahli dewan. Mustahil perkara ini boleh terjadi melainkan pelajar tersebut tidak peka atau leka ketika berada di dalam persidangan. Cuba fikirkan, kita telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara melalui platform yang betul tetapi mereka masih lagi mencari kesalahan pihak pentadbiran. Saya percaya pihak pentadbiran telah berusaha untuk membuktikan bahawa mereka telus dalam melaksanakan tugas. Buktinya, persidangan Dewan Perundingan Pelajar ini langsung tiada campur tangan oleh pihak pentadbiran dari segi pemilihan usul, perjalanan persidangan mahu pun hasil yang dicapai. Saya hanya lihat pihak pentadbiran duduk sahaja di dalam dewan dan menjadi pemerhati sahaja. Sekiranya benar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh pelajar tersebut, saya cabar untuk zahirkan bukti dan kita akan nampak siapa yang berada di pihak yang benar. Saya tidak kata pihak pentadbiran ini sentiasa benar tetapi buktikan dahulu bahawa mereka ini sebenarnya tidak benar dari kebenaran.

sekian